AMALAN 5S
Amalan
5S merupakan landasan utama budaya EKSA. 5S adalah singkatan daripada
perkataan bahasa Jepun
iaitu Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke.
SISIH
Tumpuan diberikan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
Aktiviti
penyisihan barang dijalankan bagi mengenalpasti barang yang masih di perlukan.
Aktiviti sisih melibatkan :
- Item yang tiada nilai dan senang dibuang, perlu dibuang segera.
- Item yang ada nilai tetapi tidak digunakan dan tiada kegunaan pada masa akan datang, maka perlu dihapuskan atau dijual mengikut prosedur.
- Item yang tiada nilai tetapi melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah atau kos paling rendah,perlu ditentukan.
SUSUN
Amalan ini merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan selamat.
Aktiviti
penyusunan barang dilakukan bagi memastikan barang bukan sahaja kemas dan
teratur malah, mudah dicari.
Aktiviti ini
melibatkan:
- Item yang disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput Dulu Keluar Dulu) jika mempunyai tarikh luput. Jika item tidak mempunyai tarikh luput ATAU item mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.
- Item yang dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.
- Item yang disimpan mengikut kategori.
- Item yang diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
SAPU
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja
dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan
dan kualiti kerja.
Setiap
ruang dan peralatan dibersihkan dar sebarang kekotoran. Jika berlaku kerosakan,
tindakan penyelenggaraan akan dijalankan dengan segera
Aktiviti ini melibatkan:
- Menetapkan pemilik (ownership) bagi setiap ruang, perkakas dan mesin.
- Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.
SERAGAM
Piawaian persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan teratur sepanjang masa.
Tindakan yang diambil adalah untuk mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.
Penyimpanan
dan susun atur barang perlu dibuat lebih sistematik
dan seragam bagi memudahkan pencarian
SENTIASA AMAL
Aktiviti ini melibatkan:
- Audit dalaman dilakukan secara berkala.
- Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
- Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga hospital.
- Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan.
No comments:
Post a Comment